//Forever Imperfect
AISHITERU

Thursday, December 8, 2011 @ 8:41 AM | 0 Comment [s]


Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunya tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Satu malam, ketika bersuka ria di pub bersama rakannya, Izrael ditahan penguat kuasa kerana didapati memiliki pil ectasy.
Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana ia boleh berada dalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ia adalah angkara bekas teman wanitanya, Rania, yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan percintaan mereka.
Datuk Izrael, iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail, seorang yang tegas dan dia menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael
perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.
Pada satu hari, dia menyelinap mengikut rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Disatu perkampungan nelayan, Azira (Erin Malik) meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira menyelitkan surat cinta ke dalam buku Ammar. Harapan Azira supaya Am
mar membaca surat itu dan membalas cintanya.
Izrael dan rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakannya, mengusik Azira yang berperwatakan cantik dan lembut. Siakp "jual mahal" Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya.
Pelbagai cara dilakukan Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang, terutama Azira, menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang panas baran, mengamuk dan menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan.
Satu hari, Izrael menaiki bot nelayan dan jatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu untuk
mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz bersimpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, dan begitu jugak Azmi.
Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika gadis itu ingin memberikan air kepadanya. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah mar
ah kerana mengetahui Izrael sebenarnya berbohong dan dia tidak sakit.
Azmi mencabar Izrael berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai. Muna yang suka membawa mulut mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa sungguh malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terkejut. Datuknya jugak sangat terkejut mendengar perkhabaran daripada Izrael.
Apakah keputusan Izrael? Tentu tidak mungkin Azira bersetuju dikahwinkan dengan Izrael kerana cintanya hanya pada Ammar. Adakah Leftenan Kolonel (B) Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut La
tihan Tentera Laut Diraja Malaysia?


Ookayy yang kat atas nie adalah sipnosis dari drama bersiri baru bertajuk AISHITERU :)
tadi tengah baca paper pastu perkara wajib aku tgk mesti la dekat siaran tv tu . apa benda tah
hmm tetiba nampak perkataan AISHITERU .
teruss belek tgk pukul berapa and bersiri ka tak ? heee :)
dengar AISHITERU reaksi terus tak sabo sabo nak tengok .
ADA DUA SEBAB KENAPA AKU TAK SABO SABO NK TENGOK ??
first sbb tajuk AISHITERU
second SEBAB ADA IZUE ISLAM . rasa ramai belum kenal dia .
hee dia yang kumpulan FOOTEEN tuu :) dulu pun dia ada berlakon lam slot aurora nie
tapi lupa ahh tajuk apa tah . hee ^^next week jangan lupa tgk taw
at TV9 8.30 MALAM KHAMIS



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hi peeps. I'm human and blahblah goes here. Change with your suwettie words :D

underlined, bold

blockqoute


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!

YOUR CBOX CODE HERE BEBEH!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : UR NAME

Best View at GOOGLE CHROME!